Sunday, December 15, 2013

Esya #2

Taklah. Ummi dia lah yang call. Moksu suruh panggilkan esya kejap nak cakap dengan dia. Tapi kalini bukan wake up call, dia Asar call :)


   Esya     : Ha. Kenapa?
   Moksu   : (Eh eh.) Esya buat apa?
   Esya     : Esya main tadi. Nenek jadi hantu, esya jadi orang. 
   Moksu   : Hahaha. Oh nenek kejar esya lah ni.
   Esya     : Aah. Esya sembunyi.
   Moksu   : Oh. Main sembunyi-sembunyi lah ni.
   Esya     : Moksu buat apa?
   Moksu   : Moksu baru lepas makan. Esya dah makan?   
   Esya     : Esya pergi keepsi tadi. Makan aiskrim milo, abah kata dah sampai.
   Moksu   : (Takboleh relate bab 'aiskrim milo' dengan 'abah kata dah sampai')...HAHAHA.
   Esya     : Abah dah kena pergi keje.
   Moksu   : (masih tak boleh relate.)..Ok.


nanti sambung part quiz siapa lagi comel dengan esya :) 

Friday, December 13, 2013

Esya #1

Assalamualaikum.


Esya tepon. Dia saja ajak borak. Dia bangun awal. Tapi Mayra tak bangun lagi. So, maybe lah ummi dia tak bagi Esya keluar bilik nanti bising main semua bersepah kacau orang lain. Solusinya, tepon moksu. Nampak tak, bila moksu yang 21 tahun dapat wake up call dari Esya umur 3 tahun, maksudnya moksu memnag selalu bangun awal tapi hari tu je lambat. Heh. Tak. Tipu je. Orang Islam tak menipu :) Maafkan saya.

     Moksu    : Wah, bestlah esya. Ummi cuti.
     Esya      : Taklah. Ummi tak cuti, abah je keje.
     Moksu    :  Baiklah Esya.


Itu 5 hari yang lalu.
Dan sekarang rasa rindu nak cakap dengan Esya lagi. 
Lama tak borak dengan esya :) 
Seronok dengar budak-budak cakap yang kadang-kadang nonsense.

Thursday, September 5, 2013

Esyara #1


Assalamualaikum :)


Sara dah besar. Comel. Makan je kejenya. Asal masuk bilik je, mesti kat tangan tu makanan, mulut tengah mengunyah. Roti lah. Kuih raya lah. Kerepeklah. Keropoklah. Semua bendalah. Tak kisah pun. Okay apa. Makan banyak. Daripada budak-budak yang jenis makan memilih. Tak risau. 

Esya pulak dah macam orang besar cakap. Padahal baru 3 tahun. Walaupun vocab tak banyak, tapi jelas butir perkataannya. Tapi Esya ni kuat minum susu. "Umi, nak susu." "Abah, Esya nak susu lah." Umi yang bijaksana pun tanya, "Esya nak siapa buatkan?" Lepastu esya sengih, "Moksulah!" 


Moksu : ......? Tak pasal-pasal.



Monday, August 26, 2013

Mayra. #3



Petang tadi, sebelum pergi open house Makcik Oji.

Mayra  : ...so mana?
Abi      : Nak basuh kat mana?

(Moksu kat dapur, tergelak dengar)

Mayra  : Ukan, so mana?
Abi      : Dinosour mana?
Mayra  : Ukan, so manaaa?
Abi      : Apa Mayra cakap, abi tak faham. Pergi kat umi.

(Moksu  pergi depan)

Moksu : Dia tanya moksu kat mana laahhh -.-'
Mayra  : Haaaa. Ni dia.
Abi      : Laaaahh. Hahaha.


Cett. Boleh pulak kan moksu disamakan dengan dinosour. Sabar je lah. Tolonglah faham bahasa anak-anak. Siapa lagi nak faham bahasa diorang kalau bukan parents sendiri :)  Empat jari.

Mayra. #2

Assalamualaikum :)

Macammana ni. Macammana nihh.

Takde sape nak jaga Mayra dan adik. Nenek nak kena pergi rumah Makngah pula lepas ni. Makngah dah 7 bulan kandungannya. Bila-bila pun boleh bersalin kalau Allah izin. Bukan nenek tak sayang Mayra dan adik, nenek takut kalau budak duorang ni dah manja sangat dengan nenek, susah nanti nak berpisah. Budak boleh demam tau. Sebab tu nenek selalu marah Mayra, selan dari perangai degil Mayra tu. 

Mayra ni extra-special sikit berbanding sepupu-sepupu dia. 

  1. Extragarang. Kalau adik dia tengah tidur, buat muka comel, kita pun saja je lah pandang muka adik, dia marah,"Adik nak tidoo!!". Kalau adik dia baru bangun dari tidur pulak , dia marah kita sebab dodoikan balik adiknya. "Adik dah manguunn!!!". Yang kita ni taknak adik dia nangis sebab tak cukup tidur. Lagi, dia marah kalau kita tukar siaran radio. Kalau dalam kereta tu, nak tukar channel, nanti dia jerit' "Tak iidappp!!".  Sampai dia dengar lagu dia, baru dia kata okay. Ada sekali tu, dalam kereta, abi tukar siaran radio, Mayra yang tengah mamai kat belakang sempat lagi ni, "tak iidapp". Abi buat bodo je. Mayra (Terbaring kat riba nenek dengan mata tutup) "tak iidap, tak iidap. Nak atoon(katun)." HAHA. Celah mana lah nak dapat kartun kat radio ni Mayra, nak tertidur lagi ni, sempat marah-marah tak bagi tukar channel radio. HUHU.
  2. Extrapenakut. Bunyi motor lalu depan rumah, dia dah lari masuk bilik. Padahal orang sebelah balik keje je pun -.-' Haila Mayra sayangg. Bila dah takut, nangis pulak. Bila nangis, menjerit pulak. Dia pusing kesitu jugak. Bunyi ada orang buka pagar pun lari jugak sembunyi. Padahal abi sendiri balik rumah. 
  3. Extramakan. "Umi, nak mee". "Umi, nak susu.". "Umi, nak elur". "Umi, nak nasi". "Umi, nak aget(nugget)". "Umi, nak susu". ". Umi nak mee." "Umi, nak elur."Umi nak susu". All these simple requests in only one day. Everyday. Bayangkanlah, baru je setengah jam lepas, dia makan mee, dia dah mintak nasik. Kuat makan ni. Minum susu pun banyak jugak. Baru je habis sebotol, "nak susu."
  4. Extrasuara. Kuat jerit lah tu. Jerit memang nombor satu. Tak kesah lah dia kat mana. Takde sape yang boleh jerit sekuat jeritan Mayra. Sampai adik terkejut dengar, terus nangis adik. Nenek pun pening kepala terus sebab Mayra acccidentally jerit kat telinga Nenek time main dengan Moksu kan.
  5. Extraairmata. Kuat nangis. Berak pun boleh nangis. Geli dengan tahi sendiri. HAHA. Nak tidur pun nangis jugak. Ade je benda tak puashati. Sampai dah malas nak layan dah. Tau-tau dah tertidur. Tak tahulah dia ni spoiled ke apa sebab dia In Sya Allah lah dapat apa yang dia nak. Maybe sebab orang lain dah malas nak layan perangai dia. Kalau tak dapat, menangis. Bukan jenis menangis biasa tau, menjerit sampai satu shopping complex cari anak siapalah yang nangis tu. So, parents dia lagi sanggup bagi apa yang dia nak dari biarkan dia nangis jerit-jerit. HUHU. Siapa sanggup weyhhh. Moksu dengar dia nangis pun rasa macam nak lempang-lempang je muka Mayra sebab dia nangis jerit. Itu baru dua bulan Moksu duduk dengan Mayra, apa lagi Umi dengan Abi yang dah 3 tahun duduk dengan Mayra. Mayra...Mayraa..


Despite all that, Mayra ni pun extracantik, extracomel, extrapandai. Serious betul. Dia ni cepat belajar tau. Lepastu, Baru dengar iklah kat Tv sekali, dengar lagi sekali, dah boleh nyanyi sama-sama. Hebat betul. Hantar pergi sekolah tahfiz bagus ni. Dahlah cantik. Kalau besar nanti, agama pun cantik, mesti bangga parents Mayra. Moksu pun tumpang suka :)

Banyak lagi cerita pasal extra Mayra ni, tapi Moksu dah malas nak fikir. Huhu. Maafkan saya.

Thursday, August 22, 2013

Mayra. #1



Assalamualaikum.


mayraa                                          adik
   


Pihak terlibat; adik (6bulan), Mayra (3tahun), Abi (dah tua)

Tadi, adik berak.

     Abi       : Adik berak, yeyeh. Adik berak yeyeh.
     Mayra   : Hei, kenapa adik berak yeyeh?
                   Adik berak bukan yeyeh.
     Abi       : Habistu?
     Mayra   : Yeyeh.
     Abi       : ...
     Mayra   : Adik berak yeyeh.

     Moksu  : Pun boleh Mayra.


Wednesday, August 21, 2013

Kapur.

Assalamualaikum :)

Tak cukup random lagi ni.
Mungkin kita kena lebih random.
Ce try random sikit. HAHA.

Dahlah dah memang random. 
Nak lagi random.
Kau dah kenape.
Gila.

Kawan.

Assalamualaikum.

Saya ada kawan. Dia ni lain sikit lah dari kawan-kawan rapat saya yang dari sekolah rendah dan menengah. Sebab personaliti kami sangat berbeza. 

First, dia minum iceblended coklat sebab dia tak paham macammana orang boleh minum iceblended vanilla semata-mata sedangkan vanilla tu favourite saya. Ni bukan cerita vanilla coklat tau. Ni realiti.

Dia suka sangat teh susu. Saya ni pulak teh o. 

Benda kecik-kecik macam ini sebenarnya takdelah penting sangat walaupun berbeza. Tapi yang buat kitorang lagi berbeza adalah benda-benda macam ni.

  1. Dia beriman dan dari keluarga baik. Saya pulak harap saya lebih beriman. 
  2. Dia peramah. Saya sombong. 
  3. Dia lembut luaran dan dalaman. Saya ni nampak macam lembut tapi bila buka mulut boleh buat orang lain menangis sebab saya jenis kasar. 
  4. Saya suka nak cakap pasal orang lain. Tapi dia selalu larikan diri kalau saya nak start mengumpat sebab dia akan tanya dulu' "Ni nak mengumpat ke?". 
  5. Saya selalu cerita masalah saya kat dia. Tapi dia jarang luahkan sebab dia taknak aibkan orang lain. 
  6. Saya selalu kutuk dia depan-depan (nada gurau. kan saya jenis kasar.) Tapi dia tak lokek dengan pujian. 
  7. Dia pernah menangis teruk. Dia rasa bersalah dengan cikgu sebab dia tertidur dalam kelas. Dia jaga adab dengan cikgu.  Saya pulak selamba je keluar dari kelas semata-mata nak pergi tido kat surau. (Tidur duduk tak best.)
  8. Dia ni gelabah biawak tau. Tapi saya jenis cool. (Ahaha.)
  9. Saya jenis pemalu tak bertempat tapi dia elok je saya tengok. hehe.
  10. Dia ni penjimat. Dia kalau membeli, dialah nombor satu dalam tawar-menawar. Kalau tahu harga benda tu murah daripada yang sepatutnya mata dia akan membesar dengan excitednya. Kalau tak dapat harga yang dia nak, dia blah camtu je. Saya ni pulak jenis tak kisah. Tapi kalau dapat yang lagi murah lagi bestlah. Cool tak? Ahaks.

Tapi kitorang ni suka makan. Kawan saya ni dia ada keupayaan untuk menjadikan makanan tu lebih sedap hanya dengan makan. Dia kalau makan berselera sangat sampai orang lain pun nampak makanan tu macam sedap sangat. Kalau ada makanan saya suka, saya makan banyaklah tapi dia semua benda makan banyak. HAHA. Tapi dia slim tau. Maintain je body. Tapi mungkin dia lagi berat dari saya XD.

The best part is, kitorang suka berkomunikasi dengan bahasa isyarat kitorang. Hand gestures dengan memek muka plus kejap mata bulat kejap mata sepet. Sampai cenggini cenggini haaa. Bila sorang buat isyarat, sorang lagi sampai kerut-kerut kering dahi bagai nak faham. Last-last jumpa kat toilet, "kau cakap apa tadi weyh." HAHA. Betapa payahnya nak menyampaikan sesuatu mesej. Sebab fikiran kitorang lain. Dia ni jenis loading tau. (Bukan nak kutuk. benda betul) Saya pulak ni cepat tangkap (bukan nak perasan. benda betul. HEHE. Ampunkan saya penunggu gua.) So the real best part is dia ni Alhamdulillah lah jenis yang melayan. Cuba kalau kita beriya-iya buat bahasa isyarat tu, tapi kawan kita ni buat bodo je. Pandang pun tiga saat je. Sedih tau. Tak ke pelik orang tengok kita. Kau ni dah kenapa kan.

Kesian dia.
Sebab saya tak mendekatkan dia kepada Allah.
Tak mengigatkan dia kepada kematian atau Hari Akhirat,
Kalau berborak tu mesti benda lagha bukan yang bermanfaat.

Sebab tu saya lebih appreciate dia dari kawan-kawan saya yang lain. Sebab dia still hold saya. Kawan dengan saya. Lepak dengan saya.

Sebab tu bila ada konflik sikit haritu, saya macam sedih jugaklah. Walaupun maintain cool je kan. Kat mana lagi nak cari kawan macam dia.

Haritu birthday dia. Tapi saya tak wish pun dia. HAHA. Jahat tak. Tapi tengoklah kalau duit dah masuk nanti ingat nak belikan dia hadiah lah. Dia suka apa eh. Alah. Benda free dia semuorang suka :) Peace.