Monday, August 26, 2013

Mayra. #2

Assalamualaikum :)

Macammana ni. Macammana nihh.

Takde sape nak jaga Mayra dan adik. Nenek nak kena pergi rumah Makngah pula lepas ni. Makngah dah 7 bulan kandungannya. Bila-bila pun boleh bersalin kalau Allah izin. Bukan nenek tak sayang Mayra dan adik, nenek takut kalau budak duorang ni dah manja sangat dengan nenek, susah nanti nak berpisah. Budak boleh demam tau. Sebab tu nenek selalu marah Mayra, selan dari perangai degil Mayra tu. 

Mayra ni extra-special sikit berbanding sepupu-sepupu dia. 

  1. Extragarang. Kalau adik dia tengah tidur, buat muka comel, kita pun saja je lah pandang muka adik, dia marah,"Adik nak tidoo!!". Kalau adik dia baru bangun dari tidur pulak , dia marah kita sebab dodoikan balik adiknya. "Adik dah manguunn!!!". Yang kita ni taknak adik dia nangis sebab tak cukup tidur. Lagi, dia marah kalau kita tukar siaran radio. Kalau dalam kereta tu, nak tukar channel, nanti dia jerit' "Tak iidappp!!".  Sampai dia dengar lagu dia, baru dia kata okay. Ada sekali tu, dalam kereta, abi tukar siaran radio, Mayra yang tengah mamai kat belakang sempat lagi ni, "tak iidapp". Abi buat bodo je. Mayra (Terbaring kat riba nenek dengan mata tutup) "tak iidap, tak iidap. Nak atoon(katun)." HAHA. Celah mana lah nak dapat kartun kat radio ni Mayra, nak tertidur lagi ni, sempat marah-marah tak bagi tukar channel radio. HUHU.
  2. Extrapenakut. Bunyi motor lalu depan rumah, dia dah lari masuk bilik. Padahal orang sebelah balik keje je pun -.-' Haila Mayra sayangg. Bila dah takut, nangis pulak. Bila nangis, menjerit pulak. Dia pusing kesitu jugak. Bunyi ada orang buka pagar pun lari jugak sembunyi. Padahal abi sendiri balik rumah. 
  3. Extramakan. "Umi, nak mee". "Umi, nak susu.". "Umi, nak elur". "Umi, nak nasi". "Umi, nak aget(nugget)". "Umi, nak susu". ". Umi nak mee." "Umi, nak elur."Umi nak susu". All these simple requests in only one day. Everyday. Bayangkanlah, baru je setengah jam lepas, dia makan mee, dia dah mintak nasik. Kuat makan ni. Minum susu pun banyak jugak. Baru je habis sebotol, "nak susu."
  4. Extrasuara. Kuat jerit lah tu. Jerit memang nombor satu. Tak kesah lah dia kat mana. Takde sape yang boleh jerit sekuat jeritan Mayra. Sampai adik terkejut dengar, terus nangis adik. Nenek pun pening kepala terus sebab Mayra acccidentally jerit kat telinga Nenek time main dengan Moksu kan.
  5. Extraairmata. Kuat nangis. Berak pun boleh nangis. Geli dengan tahi sendiri. HAHA. Nak tidur pun nangis jugak. Ade je benda tak puashati. Sampai dah malas nak layan dah. Tau-tau dah tertidur. Tak tahulah dia ni spoiled ke apa sebab dia In Sya Allah lah dapat apa yang dia nak. Maybe sebab orang lain dah malas nak layan perangai dia. Kalau tak dapat, menangis. Bukan jenis menangis biasa tau, menjerit sampai satu shopping complex cari anak siapalah yang nangis tu. So, parents dia lagi sanggup bagi apa yang dia nak dari biarkan dia nangis jerit-jerit. HUHU. Siapa sanggup weyhhh. Moksu dengar dia nangis pun rasa macam nak lempang-lempang je muka Mayra sebab dia nangis jerit. Itu baru dua bulan Moksu duduk dengan Mayra, apa lagi Umi dengan Abi yang dah 3 tahun duduk dengan Mayra. Mayra...Mayraa..


Despite all that, Mayra ni pun extracantik, extracomel, extrapandai. Serious betul. Dia ni cepat belajar tau. Lepastu, Baru dengar iklah kat Tv sekali, dengar lagi sekali, dah boleh nyanyi sama-sama. Hebat betul. Hantar pergi sekolah tahfiz bagus ni. Dahlah cantik. Kalau besar nanti, agama pun cantik, mesti bangga parents Mayra. Moksu pun tumpang suka :)

Banyak lagi cerita pasal extra Mayra ni, tapi Moksu dah malas nak fikir. Huhu. Maafkan saya.

No comments:

Post a Comment